Pesakit Mental Terjun Ke Dalam Laut Di Pantai Batu Buruk

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dikhuatiri lemas apabila terjun ke dalam laut di Pantai Batu Buruk selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Wan Mohd Azren Wan Abdullah, 32, berasal dari Dungun dan menetap di Panji Alam, Kuala Terengganu dikatakan mempunyai masalah mental dan menerima rawatan di HSNZ sebelum bertindak melarikan diri ke arah pantai.

Saksi kejadian Syed Mohamad Shamsuddin Tuan Azam, 50, berkata semasa kejadian beliau berada di unit kecemasan hospital berkenaan sebelum melihat mangsa berlari keluar dan beliau turut sama mengejar mangsa.

“Semasa saya duduk di unit kecemasan saya dengar perempuan menjerit dan melihat seorang lelaki melintas depan saya dan saya terus kejar lelaki tersebut.

“Sampai di tengah jalan dia terus buka baju dan kain, dia dengan berbogel lari menghala ke pantai dan terus terjun ke dalam air,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.