Beraksi pada sebelah petang di Stadium Negeri di sini, tuan rumah yang dibimbing Abu Bakar Fadzim memulakan aksi dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu lawan namun ketumpulan penyudah menafikan peluang meraih gol.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian B.Satiananthan pula mula memperkemaskan corak permainan bagi mengimbangi serangan tuan rumah.

Berpunca daripada sepakan percuma pada minit ke-48 yang gagal dikeluarkan pertahanan tuan rumah, Thiago Augusto Fernandez bijak mengambil kesempatan dengan sepakan kencang untuk menewaskan penjaga gol, Ahmad Asyraf.

Kedudukan berkenaan kekal hingga wisel penamat ditiupkan.

Perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang akan berlangsung pada 20 April ini. – UTUSAN ONLINE