Manifesto BN Tidak Lupakan Warga FELDA

Pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) malam semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan lebih manfaat dan nikmat kepada rakyat Malaysia berbanding sebelum ini.

Tidak dilupakan adalah manfaat-manfaat yang pelbagai diberikan kepada warga FELDA di seluruh tanah rancangan.

Bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku’, terdapat lima teras yang penting untuk warga FELDA.

BN menawarkan insentif khas sebanyak RM5,000 kepada semua peneroka FELDA selai mewujudkan geran khas tanaman semula sebanyak RM7,5000 per hektar.

Dalam manifesto ini juga BN akan melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka-peneroka FELDA. Bukan itu sahaja, peruntukan dana khas pelupusan hutang luar biasa atau ekstrim untuk peneroka berjumlah RM300 juta.

BN juga akan memperhebatkan inisiatif FELDA 2.0 melalui 15 tanah rancangan lain dengan peruntukan RM300 juta memandangkan FELDA 2.0 telah dilancarkan bulan lalu.

Memetik dari Bernama, janji-janji lain dalam manifesto BN untuk manfaat warga FELDA ialah:

– Membina lebih banyak rumah komuniti Felda.

– Menaik taraf 422 km jalan dalam kawasan Felda.

– Menambah lampu jalan di kawasan penempatan Felda.

– Menaik taraf 419 km sistem pembetungan di kawasan Felda.

– Menambah tanda, garisan dan lampu jalan di kawasan Felda meliputi 1,240 km.

– Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka Felda di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati Felda Malaysia di semua petempatan Felda.

Sabtu malam, Najib telah memberitahu janji-janji yang akan dilakukan bagi menghebatkan Malaysia untuk masa hadapan dengan mendahulukan rakyat serta mengadakan pembangunan lebih adil dan menyeluruh.

Beliau juga berikrar untuk menyusun pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekas sebelum ini yang termasuk dalam 14 teras manifesto yang dinyatakan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.