Dr Mahathir Amal Perkauman Sejak Dulu

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari menganggap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang busuk hati dan bersifat perkauman sejak dulu.

Vell Paari berkata, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu yang mengeluarkan perkataan menghina kaum India secara tidak langsung membuktikan beliau seorang yang rasis dan menganggap tindakannya itu sebagai bukan kesilapan.

“Ia secara tidak langsung membenarkan apa yang saya tekankan selama ini mengenai beliau iaitu Mahathir seorang yang busuk hati, bersifat perkauman menerusi pengakuan berkenaan.

“Namun, Dr Mahathir adalah seorang yang apa juga kesalahan dilakukannya tetapi dianggap bukan kesilapannya.

“Apa yang lebih menjijikkan ialah beliau sekarang cuba mengalihkan isu berkenaan dengan mengatakan ia ‘bahasa’ yang digunakan orang Kedah,” katanya menerusi kenyataannya, hari ini.

Dr Mahathir dalam ceramahnya sebelum ini mengeluarkan perkataan menghina masyarakat India dan mendakwa ia bahasa yang biasa digunakan di Kedah sejak beliau masih kecil dan tidak menimbulkan sebarang masalah’.

Sementara itu, Vell Paari berkata, perkataan yang menghina kaum India itu tidak boleh diterima di Malaysia dan menggesa

Dr Mahathir mendedahkan siapakah pemimpin yang didakwanya tidak berkecil hati terhadap perkataan itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.