VIDEO: 5 Tanah Rancangan FELDA 2.0 Bersorak Gembira Menang RM20 Juta

KUALA LUMPUR – Lima tanah rancangan FELDA yang diiktiraf menjadi FELDA 2.0 bersorak gembira apabila diumumkan sebagai pemenang dalam Pertandingan Akhir Mencari FELDA 2.0 untuk tahun 2018 yang masing-masing membawa pulang geran pembangunan sebanyak RM20 juta.

Cek geran pembangunan telah disampaikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada lima tanah rancangan yang berjaya.

Tanah rancangan yang berjaya yang diumumkan pada petang ini adalah; FELDA 2.0 Sungai Klah, FELDA 2.0 Bukit Serampang, Sri Jaya, Wilayah Segamat, FELDA 2.0 Gugusan Bera, Wilayah Mempaga, FELDA 2.0 Kompleks Chuping dan FELDA 2.0 Gugusan Adela.

Shahrir turut membuat pengumuman lima lagi tanah rancangan yang telah diiktiraf menjadi FELDA 2.0 dan bakal menerima geran pembangunan RM20 juta mulai tahun 2019.

Tanah rancangannya adalah; FELDA Gugusan Lok Heng, FELDA Tenggaroh, FELDA Gugusan Chini, FELDA Jengka 25 dan FELDA Gugusan Raja Ilyas.

Pun begitu, Shahrir turut memberikan kata-kata semangat kepada tanah rancangan lain yang belum diiktiraf menjadi FELDA 2.0 agar tidak berputus asa dan meneruskan usaha menaik taraf tanah rancangan mereka bersama dengan idea dan konsep yang terbaik untuk pertandingan akan datang pada bulan Ogos nanti.

 

 

Saksikan video sepanjang berlangsungnya majlis penyerahan Geran Pembangunan RM20 Juta:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.