Geran Pembangunan RM20 Juta Ganjaran Kepada Pemenang FELDA 2.0

KUALA LUMPUR – Pemenang dalam Pertandingan Peringkat Akhir Mencari FELDA 2.0 bakal menerima geran pembangunan RM20 juta yang akan diumumkan hari ini di Menara FELDA.

Lima tanah rancangan yang berjaya akan menerima geran pembangunan ini di mana jumlah keseluruhan yang diperuntukkan adalah RM100 juta.

RM20 juta tersebut adalah peruntukkan pecahan RM10 juta dari FELDA bagi tujuan transformasi setiap rancangan yang dipilih dan RM10 juta lagi adalah padanan dari kerajaan.

Sebanyak 15 tanah rancangan yang menyertai pertandingan ini dari sebelas wilayah seluruh negara.

FELDA 2.0 adalah transformasi rancangan dan inisiatif berkonsepkan strategi dan pendekatan ‘Terbuka dan Terhubung’.

Transformasi kepada FELDA 2.0 juga dilihat mampu membuka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk ‘balik asal’, menyeru generasi baharu pulang ke tanah rancangan bersama idea pembangunan baharu untuk mewujudkan satu komuniti yang berdaya tahan serta mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

FELDA 2.0 adalah cetusan idea dari Pengerusi FELDA sendiri, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Februari lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.