BN Komited Bantu Usahawan Muda – Musa Aman

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) komited membantu golongan muda yang berhasrat melibatkan diri dalam perniagaan, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.

Ketua Menteri Sabah itu berkata komitmen itu yang dilaksanakan menerusi pemberian bantuan khususnya melalui agensi kerajaan bagi menggalakkan inisiatif golongan muda untuk menjana pendapatan.

“Hasrat kita dapat menjana pendapatan orang muda untuk berdikari. Sebab itu BN sentiasa memberi perhatian kepada golongan anak muda khususnya membantu mereka untuk menjana pendapatan.

“Usaha kita untuk memberi peluang kepada anak muda supaya mereka boleh berjaya apa juga lapangan mereka terokai,” katanya pada Majlis Penyerahan Motosikal Mobilepreneur di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Borhan Dollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Jamal Nasir Othman. – BERNAMA

Leave a Reply