Sijil IPTS Palsu: SPRM Tahan Tiga Suspek

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan tiga suspek dipercayai menjadi orang tengah dalam penjualan sijil palsu menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Dalam serbuan kira-kira 4 petang itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 30 dan 34 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Ipoh di sini.

Sumber SPRM berkata seorang daripada suspek terlibat ialah warganegara India.

“Pasukan penyiasat kini dalam proses mengenal pasti individu yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil pertauliahan palsu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut sumber SPRM itu, sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil palsu diploma, sarjana muda dan sarjana tanpa memerlukan seseorang mengikut kursus pembelajaran tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.