DSA 2018 : Platform Terbaik Pertingkat Hubungan Diplomasi Pertahanan

KUALA LUMPUR – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 adalah platform terbaik Tentera Darat Malaysia mempertingkat dan mengekalkan hubungan diplomasi pertahanan bersama kepimpinan tertinggi tentera darat negara lain.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim berkata pada DSA kali ini, beliau berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu melibatkan keselamatan di seluruh dunia dengan rakan sejawatannya daripada negara lain.

“Ia termasuklah perkongsian pengalaman, bertukar pandangan dan fikiran serta kerjasama daripada aspek ketenteraan dan pertahanan.

“Kehadiran mereka (panglima tentera darat negara lain) akan mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang dijalinkan secara tidak langsung dan dapat idea baharu dalam memperkasa perkhidmatan ketenteraan,” katanya kepada Bernama.

Zulkiple berkata pameran itu juga memberi peluang kepada tentera darat mempamerkan asetnya kepada negara luar serta melihat teknologi syarikat pertahanan dari seluruh dunia. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.