Konvensyen Pembangunan Koperasi FELDA (KPKF)2018

BANGI- Konvensyen Pembangunan Koperasi FELDA (KPKF) 2018 telah berlangsung pada 17 April hingga 19 April 2018 di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi.

Konvensyen yang bertemakan “Melestarikan Koperasi FELDA” telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perdadangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepengunaan.

Hampir 1000 peserta dari semua koperasi tanah rancangan berhimpun untuk memperkasa peranan koperasi selari dengan hala tuju dan dasar keperasi kebangsaan.

Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi Rancangan FELDA berkenaan peranan, pengurusan dan perniagaan Koperasi FELDA yang turut akan dipantau olej Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan pengurusan FELDA.

Selain itu, ianya juga memberi pendedahan dan idea untuk mengembangkan aktiviti koperasi Rancangan FELDA dalam bidang perkhidmatan dan perniagaa  bagi menjana pendapatan dan hasil yang tinggi serta memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat setempat.

Berucap dalam majlis penutup KPKF, Tan Sri Shahrir Samad berkata Transformasi FELDA tidak akan berjaya jika peneroka sendiri tidak bersama Agenda Transformasi Luar Bandar.

“FELDA menjadi peneraju dalam perubahan dan pembangunan luar bandar di negara ini.

Koperasi memainkan salah satu peranan yang penting dalam menjayakan agenda transformasi ini “, Shahrir Samad

Beliau turut menekankan Peneroka perlu jelas dengan Agenda Transformasi dan menjadikan FELDA Bilut sebagai contoh terbaik dalam pembangunan luar bandar yang melibatkan Tanah Rancangan FELDA.

Pada Majlis ini,turut diadakan Anugerah Koperasi Terbaik FELDA 2017 yang disampaikan oleh YB Dato Seri Hamzah Zainuddin

Johan Anugerah Koperasi Terbaik FELDA 2017 ialah Koperasi FELDA Sebertak Pahang Berhad yang membawa pulang cek bernilai RM10,000 berserta sijil.

Koperasi berkenaan menjalankan perniagaan Stesen Minyak, Kedai Runcit Mesra, Pasaraya COOP Mart dan kerja kontrak Perladangan.

Naib Johan dimenangi oleh Koperasi Peneroka FELDA Keratong Dua, Rompim Berhad yang membawa pulang cek bernilai RM7,000 manakala Koperasi Peneroka Felda Air Tawar 5 Berhad mendapat tempat ketiga dan membawa pulang cek bernilai RM5000.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.