Aplikasi MyAQSA Salur Maklumat Terkini Al-Aqsa, Baitulmaqdis Dilancar

YAN – Aplikasi mudah alih MyAQSA dilancarkan malam ini, dalam usaha menyalurkan maklumat terkini berhubung Al-Aqsa serta Baitulmaqdis kepada rakyat negara ini, secara terus menerusi telefon bimbit masing-masing.

Pelancaran itu disempurnakan Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr E ‘krimah Sa’eed Sabri bersempena Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Murni Aqidah Malaysia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa (MyAqsa) Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata selain itu pengguna juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada google play itu untuk membuat sumbangan dengan mudah bagi disalurkan secara terus kepada Masjid Al-Aqsa di Palestin.

“InsyaAllah, ia akan jadi satu platform untuk kita nak melancarkan program-program sokongan Al-Aqsa, dan perkembangan, (maklumat terkini Al-Aqsa) akan ada dalam aplikasi ini. Kita juga nak menghubungkan rakyat Malaysia dengan Baitulmaqdis,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.