Hubungan Baik Dengan China Manfaatkan Peneroka FELDA

Ditulis oleh: Eric See-To

 

Perniagaan dan perdagangan, terutama perdagangan antarabangsa, bukan berkonsepkan sehala sahaja.

Ketika kita telah menganugerahkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada syarikat milik kerajaan China memandangkan mereka juga ekoran pinjaman mudah diberikan mereka, adalah penting untuk kita ketahui bahawa kerajaan China juga turut membantu Malaysia mengeksport lebih banyak kepada negara mereka.

Sebelum ini, China telah melonggarkan peraturannya terhadap eksport Malaysia bagi sarang burung di mana ia diharamkan selain durian yang sebelum ini hanya dibenarkan diimport dari Thailand. Ia melonjakkan perdagangan bagi puluhan ribu pengusaha dalam industri berkenaan.

Pada Februari lalu, Duta China ke Malaysia mengumumkan bahawa China tidak akan meletakkan had kepada eksport minyak sawit ke negara itu, satu polisi yang mungkin boleh diubah pada masa depan.

Minyak sawit, sebagai minyak masak mudah digantikan dengan minyak dari bahan lain.

Jika China tidak mahu lagi menggunakan minyak sawit Malaysia, mereka boleh sahaja menggantikannya dengan minyak soya dari AS atau minyak kelapa serta minyak jagung atau membeli minyak sawit dari Indonesia yang juga pengeluar lebih besar.

Eksport Malaysia ke China turut melonjak berikutan hubungan baik antara negara serta melalui perdagangan.

Peneroka Felda terima manfaat

Tahun lalu, China mengatasi India sebagai destinasi kedua tertinggi bagi eksport minyak sawit. Bagi eksport getah dan produk diperbuat dari getah, China juga mengatasi AS dan Kesatuan Eropah (EU) bagi menjadikan mereka destinasi utama eksport bahan itu tahun lalu.

Berikutan EU mengenakan pelbagai larangan terhadap penggunaan minyak sawit, China juga diunjur akan menjadi destinasi eksport utama minyak sawit pada tahun depan.

Bagi sebelas bulan 2017, jumlah eksport minyak sawit serta produk berasaskan minyak sawit ke China bertambah kepada RM8.5 bilion, iaitu peningkatan 9.8 peratus dari RM7.76 bilion tahun sebelumnya.

Nilai eksport getah dan produk berasaskan getah bagi sebelas bulan 2017 juga melonjak 76 peratus kepada RM7.56 bilion berbanding RM4.23 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Aliran melonjak ini turut menunjukkan kesinambungan.

Bagi dua bulan pertama 2018, eksport minyak sawit Malaysia serta produk berasaskan minyak sawit telah bertambah kepada 418,704 tan dengan nilai RM1.224 bilion berbanding 305,072 tan pada nilai RM774 juta bagi tempoh yang sama pada 2016, atau peningkatan 37 peratus bagi saiz jumlah dan 58 peratus bagi nilai eksport.

Malaysia mengeksport hampir RM20 bilion setiap tahun ke China hanya bagi minyak sawit dan getah dan anda mahu merungut tentang projek RM55 bilion yang akan memanfaatkan berjuta rakyat dan turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi di pantai timur?

Salah satu penerima manfaat hubungan baik kita dengan China adalah peneroka Felda dan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berkuasa serta membatalkan kesemua projek China, salah satu pihak yang akan kerugian adalah peneroka Felda kerana China sudah tentu berang dengan tindakan itu dan mengambil tindakan.

Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila HARAPAN akan cuba merosakkan hubungan dagangan baik dengan kuasa ekonomi yang tumbuh dengan pantas dan dijangka akan mengatasi AS untuk menduduki tempat pertama kuasa ekonomi dunia.

HARAPAN nampaknya tidak peduli pada Malaysia dan masa depan negara ini, selagi mereka boleh merebut kuasa.

Anda juga perlu sedar, perniagaan itu dilaksanakan dua hala dan sesebuah negara boleh menghentikan atau mengehadkan eksport kita, sebagaimana sudah dilakukan negara EU.

Janganlah kita mempunyai fikiran sempit. Tiada siapa di dunia terhutang kehidupan dengan kita. – MALAYSIA KINI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.