Anzalna Tulis Nama Bukti Lukisan Hasil Dirinya

PELAKON Anzalna Nasir bertindak meletakkan tanda nama pada lukisan terbaharu yang di muat naik di Instagramnya pada Selasa.

Ia sekali gus menjadi bukti lukisan tersebut adalah hasil karya aslinya dan bukan kerja seni pelukis lain seperti dituduh netizen baru-baru ini.

“Jangan cakap sis curi lukisan orang lain sebab I dah letak nama kat tepi tu. Nasib baik I tak cop tapak kaki sekali! Ehhh perlu ke buat semua ni!” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Lukisan yang dituduh curi karya orang lain.

Sebelum ini, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini berang dituduh menciplak hasil tangan orang lain selepas memuat naik foto lukisannya.

Individu berkenaan meminta aktres itu memuat naik video ketika sedang melukis bagi membuktikan lukisan berkenaan adalah asli.

Anzalna pada posting sebelum ini mengakui pernah memenangi pertandingan melukis di Kanada suatu masa dahulu.

Dalam pada itu, menerusi hastag pada kapsyen berkenaan, dia tidak membuat video berikutan memberi fokus terhadap lukisan tersebut.

“#MalasNakBuatVideoMukaBurukWaktuFocusPainting #TangansampaiKeSikuKotorSebabSisBukanPelukisPro” tulisnya. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.