Namun, satu perkara yang tidak diketahui oleh orang luar, lokasi ceramah ini iaitu pekan Air Mawang bukanlah tanah rancangan Felda, sebaliknya sebuah pekan kecil.

Malah, tanah rancangan yang terdekat iaitu Felda Bukit Rokan Barat pun terletak kira-kira 40 kilometer dari lokasi ceramah gabungan pembangkang PKR itu yang kononnya jelajah Felda.

Justeru, bagaimana gabungan itu mahu mendakwa jelajah mereka mendapat sambutan warga peneroka sedangkan ia dibuat di luar kawasan tanah rancangan dan pengunjungnya pun tidak dapat dipastikan sama ada peneroka Felda ataupun tidak?

Mengulas perkara tersebut, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, sememangnya dari dahulu PPBM dan gabungan parti pembangkang sukar untuk menembusi kawasan Felda.

“Mereka tahu bukan mudah untuk memenangi hati peneroka Felda kerana para peneroka ini sudah lama sebati dengan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu, kini ketika waktu semakin suntuk, mereka usahakan juga untuk buat jelajah seperti ini, walaupun terpaksa di luar kawasan tanah rancangan.

“Mahu tidak mahu, mereka perlu sebarkan persepsi bahawa peneroka ada bersama mereka, walaupun perkara itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE