Vieira Bangga, Tapi Belum Masanya Kemudi Arsenal

NEW YORK: Patrick Vieira berkata dia bersedia menghadapi cabaran menguruskan Arsenal, namun menegaskan hatinya masih bersama pasukan Liga Bolasepak Major (MLS) New York City FC.

Bekas kapten Perancis dan Arsenal itu memberitahu dalam temubual bersama The Times ‘satu penghormatan’ untuk namanya disebut-sebut sebagai pengganti kepada Arsene Wenger.

Bagaimanapun, Vieira berulang kali menekankan bahawa dia ketika ini sedang menikmati peranannya di New York, yang dimiliki kumpulan pemilik Manchester City.

New York ketika ini berada di persada MLS Eastern Conference.

“Saya tahu apa yang sedang berlaku, dan apa yang diperkatakan orang ramai,” kata Vieira apabila ditanya mengenai spekulasi yang mengaitkannya ke Arsenal.

“Saya amat gembira mengenainya kerana ia sesuatu yang hebat untuk nama anda dikaitkan dengan pasukan seperti Arsenal.

“Tetapi secara jujurnya ia tidak akan menghalang saya untuk terus melakukan apa yang dibuat saya ketika ini.”

Vieira menjadi watak penting dalam sedekad pertama Wenger di Arsenal, dan menjadi kapten sewaktu The Gunners menjulang gelaran liga 2004 dengan rekod tanpa kalah.

Wenger minggu lalu mengesahkan yang dia akan meninggalkan Arsenal sebaik berakhir musim ini selepas 22 tahun mengemudi gergasi Liga Perdana Inggeris itu. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.