Hari Pekerja: Wanita Malaysia Alami Transformasi Besar

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh enam dekad ini, kaum wanita Malaysia mencatat pelbagai transformasi besar dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk peningkatan taraf sosio-ekonomi dan pendidikan.

Malah mereka turut berpeluang mengukir kecemerlangan dalam kemahiran kerjaya masing-masing termasuk bidang profesional serta yang sebelum ini dimonopoli kaum lelaki khususnya di bawah pentadbiran kerajaan yang didokong Barisan Nasional (BN).

Boleh dikatakan juga golongan wanita tanpa mengira status daripada bujang sehinggalah mereka yang terpaksa mengharungi hidup sendirian dan menjaga anak dengan gelaran ‘ibu tunggal’ menerima banyak manfaat daripada pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan.

Justeru tema sambutan Hari Pekerja yang akan disambut pada 1 Mei ini ‘Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’ sudah tentu mengambil kira sumbangan kaum wanita di negara ini yang boleh dikatakan ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan kaum lelaki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.