Program FELDA 2.0 e-Global Freelancer 2018 Bantu Jana Pendapatan Tambahan

KUALA LUMPUR – Mewujudkan program FELDA 2.0 e-Global Freelancer 2018 dilihat mampu membantu golongan belia FELDA dan generasi baharu di tanah rancangan untuk menjana pendapatan tambahan.

Diadakan di FELDA Lurah Bilut pada 24 dan 25 April lalu, program tersebut telah dijalankan oleh FELDA dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Selain dilihat mampu menjana pendapatan tambahan, perlaksanaan program itu juga untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat untuk terus berusaha menjana pendapatan secara konsisten menerusi kaedah ‘crowdsourcing’.

Ia bermakna perlaksanaan kerja yang ditawarkan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan kerja digital.

Inisiatif ini dilihat selari dengan objektif FELDA 2.0 iaitu mewujudkan peluang perkerjaan bernilai tinggi dengan memanfaatkan aplikasi digital selain sebagai kesinambungan pelaksanaan pembangunan pengisian di bawah inisiatif FELDA 2.0.

Program tersebut telah disertai oleh peserta dalam tanah rancangan Lurah Bilut.

Sumber gambar: Unit Studio FELDA.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.