Proses Penamaan Calon PRU-14 Paling Tertib – TPM

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini adalah yang paling tertib berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun penyokong dalam keadaan ghairah dan bersemangat bertanding, mereka meraikan proses demokrasi dalam keadaan tenteram.

Beliau ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.