Kaunter Kad Pengenalan Di Semua Ibu Pejabat JPN Dibuka Pada 9 Mei

KUALA LUMPUR – Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.

Menurut kenyataan JPN hari ini, waktu operasi pada hari tersebut adalah bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan JPN hari ini, untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.