30 Rumah Setinggan Di Kampung Panji Terbakar

SEMPORNA: Kira-kira 30 rumah setinggan terbakar di Kampung Panji di sini, lewat malam Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan pagi Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.48 malam Rabu mengenai kebakaran rumah setinggan dan dua jentera bersama 12 anggota dihantar ke lokasi.

Menurut kenyataan itu, semua rumah dalam keluasan 0.3 ekar itu terbakar sepenuhnya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Operasi memadam kebakaran tamat pada 2.48 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian disiasat. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.