Pendapatan Lumayan Di Felda Jika Berusaha Keras

TANJUNG MALIM – Peneroka Felda mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM6,000 sebulan  sekiranya berusaha keras tanpa jemu memajukan tanah meraka.

Hakikat ini diakui Roziah Baseran, 50, wanita cekal yang kini menguruskan ladang kelapa sawit milik ayahnya sejak hampir 19 tahun di Felda Gunung Besout 1, Sungkai dekat sini.

“Kakak dulu kerja kat Langkawi. Tahun 1999 balik sini, tolong ayah. Duduk Felda ini senang, tak perlu fikir sangat banyak benda. Tanah, rumah, semua ada.

“Kemudahan yang orang Felda dapat selalu dicemburui oleh orang lain di kampung luar. Kalau dulu jalan tanah merah, sekarang jalan berturap. Rumah pun dahulu rumah papan yang semua rekabentuk sama. Sekarang bila kami mampu, kami bina rumah lebih selesa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini ketika ditemui di Felda Gunung Besout 2.

Felda Gunung Besout terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Sungkai dan ia meliputi Felda Gunung Besout 1 hingga 7 selain mempunyai kilang sawit sendiri iaitu Kilang Sawit Besout. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.