6,486 Polis Mengundi Awal

KUANTAN: Seramai 6,486 pengundi berdaftar dalam kalangan anggota dan pegawai polis membuang undi awal di 37 pusat pengundian undi di seluruh negeri bermula pagi ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Rahman, berkata jumlah itu termasuk 398 pesara polis yang turut mengundi awal.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan kehadiran pegawai dan anggota polis membuang undi awal dan berharap keadaan ini kekal sehingga pengundian ditutup pada jam 5 petang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Alor Akar di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPR negeri, Datuk Zamree Hamli, berkata seramai 21,358 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di 48 pusat pengundian di seluruh Pahang, hari ini.

Katanya, semua pusat mengundi itu yang membabitkan 68 saluran tempat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.