Warga PDRM Tunai Tanggungjawab Mengundi Awal

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal di Bukit Aman di sini, hari ini.

Tinjauan NSTP mendapati pegawai dan anggota mula memasuki perkarangan Bukit Aman seawal dibuka pada jam 8 pagi.

Sebanyak dua pusat mengundi dibuka di Bukit Aman iaitu di Dewan Badminton Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) dan Mes Pegawai Kanan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim antara pengundi awal yang dijangka akan membuang undi kira-kira jam 9.30 pagi nanti di Dewan Badminton PERKEP.

Seramai 111,702 warga PDRM di seluruh negara terbabit dalam proses pengundian awal yang dijalankan sempena PRU-14.

Daripada jumlah itu, seramai 106,042 membabitkan anggota dan pegawai berkhidmat di 14 kontinjen seluruh negara yang akan mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), manakala bakinya seramai 5,660 orang membabitkan anggota dan pegawai yang mengundi awal di Bukit Aman. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.