Kadar Zakat Fitrah Di Kedah Kekal RM7

ALOR SETAR – Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, bersamaan dengan 2.6 kilogram beras, kata Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Beliau berkata zakat fitrah boleh dibayar secara tunai kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui 3,064 amil yang dilantik untuk menerima bayaran di 614 pusat kutipan di seluruh negeri.

“Bagi golongan yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras, boleh memilih beras Super Import berjumlah RM14 atau beras Basmathi berjumlah RM21, namun bayaran zakat melebihi kadar yang ditetapkan adalah sunat dan tiada paksaan,” katanya pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah di sini,hari ini.

Katanya amil juga akan mengeluarkan resit rasmi yang dikeluarkan LZNK yang mempunyai tandatangan bagi mengelak penipuan pihak tertentu.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara dalam talian pada laman Jom Zakat, “http://www.jom.zakatkedah.com.my. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.