Najib Mulakan Lawatan Kerja Hari Kedua Di Keningau

KENINGAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memulakan lawatan kerja hari kedua di Sabah dengan melancarkan Pusat Transformasi Komuniti (UTC) di sini.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, yang akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Najib dijangka menghabiskan masa kira-kira sejam di UTC ini sebelum menuju ke Beufort untuk menemui masyarakat di sana pada jam 11 pagi, sebelum mengakhiri lawatan dengan satu lagi program bersama rakyat di Kota Marudu pada jam 2 petang.

Semalam, Perdana Menteri berucap kepada ribuan penduduk setempat dalam satu perhimpunan yang turut dihadiri pemimpin Barisan Nasional (BN) tempatan dan calon PRU-14 di Dewan Hongkod Koisaan di Penampang. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.