Perdana Menteri berkata, DAP yang berselindung di sebalik PKR jelas tidak mampu dan tidak boleh bergantung harap dalam memperjuangkan agenda bumiputera khususnya masyarakat Felda.

“Kalau kita bagi kuasa kepada DAP, DAP sayang Felda atau tidak? Lihat nanti apa yang bakal terjadi kepada Universi-ti Teknologi Mara (UiTM).

“Pimpinan DAP tidak ada kasih sayang terhadap UiTM dan Felda sebaliknya saya akan terus memperjuangkan masyarakat felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Felda Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun Felda Chini di sini hari ini.

Yang turut hadir iYang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ishak Mohamad dan calon Barisan Na-sional (BN) DUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun. – UTUSAN ONLINE