Kedutaan China Nafi Keluar Kenyataan

KUALA LUMPUR : Kedutaan China hari ini menafikan Bahagian Ekonomi dan Komersialnya mengeluarkan kenyataan supaya rakyat dan syarikat perniagaannya di negara ini berjaga-jaga dengan sebarang ‘insiden kecemasan’ yang tidak dijangka ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kedutaan China, dalam satu kenyataan yang diedarkan sebentar tadi, berkata pihaknya tidak pernah meminta syarikat China dan rakyatnya di negara ini berbuat demikian.

“Kedutaan China ingin menjelaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.