Enam Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Pukul

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan enam lelaki dipercayai terlibat dalam kes pukul dua lelaki yang disangka warganegara asing di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari.

“Kesemua enam lelaki itu berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka salah anggap sebagai orang asing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini sebentar tadi.

Beliau turut berkata semua suspek ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan jangan bertindak mengikut emosi. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.