Kecoh Kenderaan Dihalang Dakwa Bawa Peti Undi Hantu

ISKANDAR PUTERI – Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, sebentar tadi.

Kejadian pada 8 malam itu berlaku apabila sekumpulan individu cuba menghalang sebuah kereta Proton Exora memasuki kawasan dewan berkenaan kerana mendakwa kenderaan tersebut membawa peti undi hantu.

Sehubungan itu mereka yang berada berdekatan lokasi tersebut cuba menghalang dan merampas kunci kenderaan tersebut yang dinaiki dua lelaki termasuk seorang ketua tempat mengundi.

Bagaimanapun situasi sedikit tegang itu berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Mohd Taib Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.

“Anggota polis bersama ejen tempat mengundi dan kira undi (PACA) mengiringi peti undi tersebut sehingga masuk ke tempat pengiraan,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.