Pandelela Teruja Undi Kali Pertama

KOTA SAMARAHAN: Kehadiran Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong Pamg, 25, antara tarikan utama di pusat pengundian di Perpustakaan Taman Samarindah di sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.

Malah, ia memberi pengalaman cukup manis kepada Pandelela yang kali pertama menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

Ketika ditemui pagi tadi, beliau yang ditemani bapanya cukup teruja bersama masyarakat lain mengundi.

“Saya cukup teruja kerana ini baru pertama kali turun mengundi menunaikan kewajipan sebagai warga Malaysia.

“Bagi memastikan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan lancar, saya bangun seawal jam 6.30 pagi dan tiba di pusat pengundian pada jam 8.15 pagi,” katanya.

Pandelela berkata, beliau gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara sebagai pengundi .

Seramai 898 pengundi berdaftar di Pusat pengundian di Perpustakaan Taman Samarindah.

Keseluruhannya, 18 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditempatkan di situ bagi memastikan kelancaran proses pembuangan undi yang diselia oleh Penyelia Pusat Mengundi, Baharom Ahmad. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.