Tiga Pengundi Buat Laporan Nama Digunakan

KUANTAN – Tiga pengundi di Pahang membuat laporan polis setelah nama mereka digunakan untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, laporan itu membabitkan dua kes di Temerloh manakala satu kes lagi di daerah ini.

“Laporan itu diterima daripada dua pengundi di Temerloh iaitu membabitkan seorang warga emas berusia 68 tahun yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai dan seorang lagi berusia 29 tahun yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Mentakab Jaya.

“Manakala kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Galing di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, laporan berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.