Institusi Kewangan & Pasaran Ditutup Cuti Dua Hari

KUALA LUMPUR – Semua institusi kewangan serta pasaran wang luar pesisir, bon dan tukaran asing, ditutup mulai hari ini dan beroperasi semula pada Isnin, 14 Mei, 2018, kata Bank Negara Malaysia.

Bank pusat berkata ini susulan pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytihar sebagai hari kelepasan tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagi negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.