Endrogan Tuduh Israel Lakukan Genosid

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel ‘negara pengganas’ dan ‘pembunuh’ selepas tentera negara itu membunuh sekurang-kurangnya 58 penduduk Palestin di sempadan Gaza.

Dalam satu daripada kecaman paling kerasnya setakat ini terhadap negara Yahudi itu, Erdogan juga mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian itu, diikuti bantahan besar-besaran di Istanbul Jumaat ini.

Ribuan penunjuk perasaan berarak ke tengah ibu kota ini mengutuk kekejaman menjurus pertumpahan darah itu ketika Amerika Syarikat (AS) memindahkan misinya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak mengendahkan kemarahan meluas dunia Islam.

“Israel mencetuskan keganasan dalam negara. Israel adalah negara pengganas.

“Apa yang dilakukan Israel adalah satu genosid. Saya mengutuk drama kemanusiaan ini, genosid, tidak kira pihak mana, sama ada Israel atau AS,” kata Erdogan ketika berucap di hadapan pelajar Turki di London disiarkan televisyen.

Erdogan dan beberapa pegawai Turki berulang kali mengutuk keputusan AS memindahkan kedutaan dan memberi amaran ia bakal mencetuskan ketegangan.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag memberitahu media di sini, Turki memanggil semula dutanya ke AS dan Israel ‘untuk rundingan.’

Bozdag juga berkata, Turki memanggil satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) Jumaat ini, namun tidak memberi butiran berhubung formatnya.

Presiden Turki juga mengumumkan, beliau memanggil satu mesyuarat besar-besaran Jumaat ini untuk membantah Istanbul, memiliki kapasiti lebih sejuta penduduk. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.