Golongan Guru Mampu Jadikan Malaysia Lebih Berjaya

KULIM – Biarpun terdapat pelbagai variasi moden alas periuk panas berada di pasaran, pelapik tradisional tetap menjadi pilihan.

Lebih dikenali sebagai lekaq di wilayah utara, anyaman alas periuk panas hasil tangan Siti Fatimah Yahya nyata unik memandangkan ia diperbuat dari raut lidi daun kelapa sawit.

Menurut warga emas berusia 67 tahun ini, setiap satu lekaq berbentuk bulat bersaiz antara 20 hingga 30 sentimenter itu mengandungi 99 rautan lidi daun kelapa sawit yang sudah dikeringkan selama beberapa hari.

“Dalam sehari, makcik boleh buat dua hingga tiga biji lekaq. Kalau dulu, satu hari boleh siap hingga lima lekaq sehari tetapi bila dah tua ni, lambatlah sikit,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Buluh di sini.

Jelasnya, setiap kelopak lekaq dianyam dengan 16 lidi yang sama panjang iaitu 1.5 meter bagi memastikan bentuk alas tersebut kemas dan kukuh. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.