Waktu Operasi UTC Pahang Ubah Sempena Ramadan

KUANTAN: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini, akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang Ramadan, bermula hari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Izad Zainal Muhammad Safian, berkata sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan perlu peka dengan perubahan waktu operasi pusat berkenaan.

“Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam melalui talian 09-512 1555 atau melayari laman sesawang MPK: www.mpk.gov.my.

“Kebiasaannya, waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari tetapi bagi menghormati Ramadan, ia diubah kepada jam 8.30 pagi hingga 5 petang bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.