Majlis Penasihat Kerajaan Panggil FELDA, FELCRA

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil FELDA dan FELCRA di Menara Ilham, hari ini.

Pagi ini, pertemuan dengan wakil FELDA dijangka bermula pada jam 10 pagi.

Antara wakil berkaitan FELDA yang dipanggil adalah bekas Pengurus Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada; Pengerusi FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Selain itu, sumber memberitahu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad juga akan hadir pagi ini.

Mengikut jadual, pertemuan antara Majlis Penasihat Kerajaan dengan wakil FELDA akan berlangsung selama dua jam.

Pada jam 12 tengah hari pula, Majlis Penasihat Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA , Datuk Zulkarnain Md Eusope. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.