TH Mula Operasi Cawangan Sepang

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meluaskan perkhidmatan kepada lebih sembilan juta pendepositnya dengan memulakan operasi pejabat cawangan baharunya di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) Sepang hari ini.

Pembukaan cawangan TH Sepang menunjukkan kesungguhan TH untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit di daerah Sepang dan kawasan sekitar serta bakal haji yang akan berlepas melalui MHCC KLIA.

“Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan pembukaan akaun, simpanan dan pengeluaran, mengemas kini akaun, pendaftaran haji dan sebagainya,” kata TH di dalam satu kenyataan hari ini.

Pembukaan Pejabat Cawangan TH Sepang ini juga berkonsepkan sebagai Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC).

IFiC akan turut menempatkan agensi Islam lain yang bergabung di bawah satu bumbung untuk menjalankan urusan muamalat iaitu sistem kewangan Islam bersepadu seperti Tabung Haji Travel & Services dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.