Tingkat Pemantauan Halang Penyeludupan Mercun

KOTA BHARU: Semua anggota polis yang berpangkalan di kawasan sempadan diarah meningkatkan pemantauan terhadap cubaan menyeludup mercun dan bunga api ke negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, berkata anggota juga diminta meningkatkan pemeriksaan bagi membendung penjualan bahan terlarang itu.

“Penjualan mercun dan bunga api dilarang di negara ini. Oleh itu, saya mengarahkan semua Ketua Polis Daerah yang berada di sempadan seperti Tumpat dan Rantau Panjang untuk meningkatkan pemantauan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang memiliki mercun dan bunga api.

“Polis tidak akan bertolak-ansur dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual atau memiliki barang terlarang itu,” katanya.

Hasanuddin turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka bermain mercun dan bunga api bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Ibu bapa perlu memantau anak masing-masing, kita tidak mahu sebarang insiden tidak diingini berlaku termasuk kehilangan jari atau kecederaan lain berpunca daripada mercun,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.