Dr M menghadap Sultan Kedah

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad julung kalinya menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit pada Sabtu selepas dilantik sebagai perdana menteri kali kedua pada 10 Mei lepas.

Dr Mahathir, yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti  Hasmah Mohamd Ali, tiba di istana itu pada  jam 1.50 tengah hari dan pertemuan yang berlangsung selama 90 minit dengan baginda turut disertai Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Dr Mahathir memohon menghadap Sultan Sallehuddin sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu.

Terdahulu, rakyat pelbagai kaum menyambut meriah kepulangan Dr Mahathir bersama isteri beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, tengah hari tadi.

Mereka turut membawa sepanduk tertera perkataan  ‘Selamat Datang Perdana Menteri ke Kedah’ dan ‘Tahniah Tun PM Malaysia ke-7’.- Bernama

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.