Rosyam Nor berkata, kempen pra-program konvoi itu merupakan acara yang pertama kali diadakan sepanjang tiga tahun penganjuran program tersebut.

“Ini merupakan tahun ketiga penganjuran World #QuranHour dan selama itu, pelbagai program dilaksanakan untuk mengingatkan rakyat Malaysia dalam mengimarahkan lagi program tersebut.

“Pada konvoi hari ini, kami akan singgah di empat masjid pilihan bagi penyerahan al-Quran kepada Ketua Imam masjid berkenaan sebelum disambut oleh 10,000 orang di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam,” katanya ketika ditemui pada (R4WQH) di Masjid Negara.

Bendera pelepasan konvoi R4WQH dikibarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Masjid yang disinggah oleh peserta R4WQH adalah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Muadz Bin Jabal, Masjid Ar Rahman dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tujuan utama kempen itu diadakan adalah bertujuan bagi menarik lebih ramai penyertaan untuk menyertai program utama World #QuranHour pada Khamis depan.

Dalam pada itu, Norman berharap supaya penonton program utama World #QuranHour bakal mencecah sehingga satu bilion berbanding tahun lepas iaitu 350 juta penonton.

“Kali ini kami lihat sambutan masyarakat di seluruh dunia semakin bertambah terutama di media sosial.

“Oleh itu, saya berharap dengan penglibatan para rakan artis yang lebih ramai dapat menarik lebih banyak penyertaan dan penonton di Malaysia mahupun di seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE