Honda Sahkan Pemandu Warga Malaysia Maut Kerana Beg Udara Rosak

TOKYO ― Beg udara keluaran Takata pecah dalam nahas yang membawa maut di Malaysia awal minggu ini, kata Honda Motor Co semalam.

Kematian dalam nahas Rabu lalu di Kuala Lumpur menjadikan semuanya 23 kes maut akibat serpihan alat gelembung beg udara itu, lapor Reuters.

Kenderaan Honda itu keluaran 2004 dan sudah dipanggil untuk diperbaiki pada 2015 tetapi ia tidak diganti, kata syarikat pengeluar kereta Jepun itu.

Syarikat itu sebelumnya mengesahkan 18 kematian, termasuk lima di Malaysia. Selebihnya berlaku di Amerika Syarikat dan Australia.

Mei tahun lalu, agensi berita Bloomberg melaporkan dua kes maut pada 2016 akibat kerosakan alat penggelembung beg itu berlaku di Kedah dan Sabah. – MalayMail

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.