Masih ada 87,000 tiket bas untuk pulang beraya

KUALA LUMPUR: Masih terdapat kira-kira 87,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi warga kota pulang beraya, khususnya untuk perjalanan ke utara.

Bagaimanapun, Pengurusan Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata tiket bas ke pantai timur telah habis dijual.

Sebanyak 192,000 tiket disediakan bagi sambutan Aidilfitri kali ini untuk perjalanan dari 12 hingga 19 Jun ini, katanya kepada Bernama hari ini.
“Tiket yang paling banyak terjual ialah pada 13 Jun.

TBS sentiasa memantau dan bekerjasama dengan pihak operator bas untuk menambah perjalanan sekiranya permintaan terhadap tiket masih tinggi,” katanya.

Kaunter tiket di TBS beroperasi 24 jam dan selain 12 mesin layan diri yang disediakan di situ orang ramai juga boleh membuat pembelian dalam talian menerusi www.tbs.com.my. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.