‘Lagi Syantik’ cecah 63 juta tontonan YouTube

PENYANYI dangdut Indonesia Siti Badriah menjadi perhatian apabila lagunya berjudul Lagi Syantik menjadi tular di beberapa negara.

Muzik video yang dilancarkan pada 22 Mac tahun lalu itu kini mendapat lebih 63 juta tontonan YouTube.

Lagu dangdut itu menjadi popular di Instagram berikutan video parodi tarian dan aplikasi Tik Tok.

Rata-rata netizen kagum dengan pencapaian penyanyi lagu itu yang berjaya mengatasi lagu Sayang nyanyian Via Vallen.

Siti Badriah mula dikenali dengan lagu Brondong Tua pada tahun 2012.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.