SPRM serbu DBKL

PETALING JAYA: Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz memberitahu kerjasama penuh akan diberikan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan serbuan di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa.

“Kami tidak dimaklumkan mengenai serbuan itu, tetapi pegawai SPRM ada datang ke DBKL untuk memeriksa dari semasa ke semasa,” katanya.

Ditanya apakah serbuan itu berkaitan dengan siasatan yang melibatkan penjualan 64 bidang tanah oleh DBKL, beliau hanya berkata, ‘kemungkinan besar’, dan enggan mendedahkan sebarang maklumat.

“Saya telah mengarahkan pegawai untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan dan membantu SPRM dalam penyiasatan mereka,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur itu.

Beberapa Ahli Parlimen Kuala Lumpur memfailkan aduan dengan SPRM pada 16 Mei untuk menyiasat tawaran tanah yang melibatkan sejumlah 170ha dan transaksi bernilai RM4.28 bilion.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa bahawa 25 peratus tanah yang dijual oleh DBKL – 16 daripada 64 tanah- telah dapat kepada pemaju hartanah tunggal dengan RM785mil untuk 37.24ha.

Dua syarikat lain, katanya, juga terlibat dalam tawaran berjumlah lima kasawan tanah pada hargaRM858.36 juta dan empat pada RM68.17 juta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.