Budak 6 tahun taruh nyawa selamatkan bapa tebusan perompak

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bapanya daripada menjadi tebusan sekumpulan perompak bersenjata.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah pasar di Paranavai, sebuah bandar di selatan Brazil.

Melihatkan bapanya diacu pistol di bahagian leher, kanak-kanak itu dengan pantas menendang dan menumbuk penjenayah terbabit.

Francisco Carlos Alves Silva cuba meredakan tiga perompak bersenjata dan meminta anaknya ke belakang bagi mengelakkan sebarang bahaya.

Dia kemudia menyerahkan dompetnya kepada perompak berkenaan.

Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dan mangsa tidak dicederakan.

Keberanian kanak-kanak itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup, menunjukkan budak berkenaan tampil berdepan dengan kumpulan perompak. – Mirror UK

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/06/05/budak-6-tahun/#04j8mom1B2vFXv9V.99

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.