Intipati keputusan mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.

Berikut antara inti pati keputusan yang diumumkannya hari ini.

Muhammad Ibrahim letak jawatan sebagai gabenor Bank Negara

Kementerian-kementerian akan disusun semula

Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri

Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri libatkan 22 jenis barang kawalan

Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta

Peneroka Felcra juga menerima bonus, dengan kos RM44 juta, dibayar melalui keuntungan Felcra

Parlimen bersidang mulai 16 Julai, Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta GST akan dimansuhkan

Masa depan Majlis Penasihat Kerajaan belum dimukmatamadkan

Ujian Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam kanan kerana mereka perlu berunding dengan warga asing

Bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi

Dr Mahathir akan berada di Jepun antara 10 hingga 12 Jun untuk Persidangan Nikkei – lawatan rasmi rasmi pertamanya

Kerajaan akan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak bandar, termasuk Putrajaya

Menteri Kewangan dan pegawai SPRM akan ke China tidak lama lagi berhubung siasatan projek Suria Strategic Energy Resources

Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri akan memulakan tindakan susulan ke atas MH17.

Kementerian Kesihatan akan mengkaji skim “peduli sihat nasional” dan insurans Takaful bagi golongan miskin

PM akan melengkapkan kabinetnya menjelang akhir minggu ini

Jawatankuasa kabinet khas mengenai masyarakat India akan bermesyuarat tidak lama lagi

Penjawat awam kanan akan dikenakan potongan gaji 10 peratus

Kerajaan mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

PM enggan ulas tuduhan yang memperincikan perbelanjaan untuk Yang di-Pertuan Agong

Skim kawalan harga musim perayaan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 22 Jun

Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Singapura

Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan

Jawatankuasa meliputi pakar bukan kerajaan akan diwujud untuk tambah baik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti

Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka, Laut China Selatan

Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.