Jangan sebar berita palsu – Polis

KUALA LUMPUR 8 Jun. – Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mengugat keharmonian dan ketenteraman negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sejak kebelakangan ini terdapat banyak penyebaran berita palsu dan fitnah yang turut melibatkan kerajaan dan institusi diraja.

“Kami nasihatkan agar berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam tidak ditularkan. Pihak polis boleh mengambil tindakan kepada mereka yang berita palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa bersama Celcom dan Pelancaran Kempen Op Selamat ke-13 sempena Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Kuala Lumpur di pekarangan pusat beli belah Sogo di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.