Malaysia mohon pinjaman mudah dari Jepun

TOKYO 12 Jun – Malaysia telah meminta bantuan daripada Jepun untuk mengatasi masalah kewangan yang dialami dengan memohon diberikan pinjaman mudah pada kadar faedah yang cukup rendah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatahir Mohamad berkata, beliau mengutarakan permintaan itu pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

“Saya sudah menerangkan tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh Malaysia, dan untuk mengatasi masalah ini saya telah meminta pinjaman Yen dari Jepun, dan Abe bersutuju untuk mengkaji,” katanya pada dalam kenyataan bersama selepas mengadakan pertemuan dengan Abe di pejabat Perdana Menteri Jepun itu di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, satu lagi penyelesaian kepada masalah yang dialami itu ialah dengan sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan Jepun.

Sementara itu pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di hotel penginapannya, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau telah berbincang dengan Abe berkenaan pinjaman mudah yang pernah diterima oleh Malaysia kira-kira 30 tahun lalu dengan kadar faedah cuma 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.