Akibat ubat pelali, beruang terperangkap 20 meter atas pokok

MICHIGAN: Akibat tindak balas ubat pelali, seekor beruang hitam menjadi agresif dan memanjat pokok ke dahan lebih tinggi.

Sebelum itu, sepasukan anggota bomba di sini telah dipanggil untuk menyelamatkan seekor beruang hitam yang terperangkap di atas pokok baru-baru ini.

Satu rakaman video menunjukkan beruang hitam itu dalam keadaan tergantung setinggi hampir 20 meter di atas pokok sebelum berjaya diturunkan oleh anggota bomba menggunakan tali.

Seorang pegawai berkata, Jabatan Sumber Asli (DNR) pada mulanya menerima panggilan mengenai beruang berkenaan dan berusaha menangkap haiwan itu menggunakan ubat pelali.

“Selepas ditembak, beruang itu menjadi agresif dan memanjat pokok dengan lebih tinggi menyebabkan kita terpaksa meminta pertolongan anggota bomba untuk membawa turun,” katanya.

Selepas berjaya dibawa turun, anak beruang hitam itu dilepaskan di habitat asalnya oleh DNR.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.