Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu akan berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 9.45 pagi ini.

Menerusi satu edaran maklumat perjalanan istiadat yang diterima petugas media di Istana Alam Shah, nama Amirudin Shari,38, disebut sebagai Menteri Besar Selangor.

Amiruddin yang juga merupakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan tiba di pekarangan Balairung Seri Istana Alam Shah sekitar jam 8.20 pagi bersama isterinya, Masdiana Muhamad. – UTUSAN ONLINE